Webinar Kempen Internet Selamat

17 Mei 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Mei 2026, satu webinar dalam talian bertajuk Kempen Internet Selamat: AI Bijak : FOMO vs SAFE? telah berlangsung di NADI Felcra Sungai Ara. Program ini dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) secara selamat dan bertanggungjawab.

Peserta didedahkan mengenai risiko sikap FOMO (Fear of Missing Out) ketika menggunakan internet dan media sosial tanpa kawalan. Selain itu, penceramah turut berkongsi tips keselamatan digital seperti melindungi maklumat peribadi, mengenal pasti penipuan dalam talian serta menggunakan AI dengan bijak. Webinar ini mendapat sambutan yang baik daripada peserta yang hadir. Program seperti ini diharap dapat melahirkan pengguna internet yang lebih berpengetahuan, beretika dan peka terhadap keselamatan siber pada masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali